PENDAHULUAN

Pendidikan Bahasa Arab sebagai bahasa kedua semakin berkembang di Malaysia. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab mempunyai pelbagai tujuan. Antara tujuan utamanya adalah untuk memahami isi kandungan al-Quran, mendalami ajaran agama Islam dan memahami istilah Arab yang digunakan dalam pelbagai bidang ilmu. Namun, pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab ini belum mencapai tahap yang memberangsangkan. Pelbagai pendekatan dan kaedah telah diambil dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab ini. Malah ramai pendidik telah membincangkan tentang metode pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang berkesan.

(PABA 16) akan membuka  ruang perbincangan kepada para penyelidik, pendidik dan pengajar Bahasa Arab di rantau ini bagi mengenal pasti isu yang berkaitan dengan kelemahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu untuk dibentangkan dan dibincangkan oleh para peserta yang terdiri daripada penyelidik, pendidik dan pengajar Bahasa Arab di semua peringkat. Di samping mengenal pasti masalah dan kelemahan, (PABA 16) ini turut mengemukakan solusi dan penambahbaikan terhadap kelemahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu yang akan menjadi panduan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di masa hadapan.


 (PABA 16) ini diharapkan menjadi pentas meningkatkan kesedaran para ilmuan dan pencinta bahasa Arab untuk menangani masalah kelemahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu berlandaskan penyelidikan ke arah memartabatkan bahasa Arab sebagai bahasa ilmu dan kebudayaan.